Kau Sahabat Kau Teman

    Author: ButTerFly_GurL87 Genre:
    Rating

    Pemergianmu amat dirasai oleh semua...

    Masih ingat dengan watak Qure dalam cerita Will You Be My Chocolate? Kesemua watak tu semua wujud, watak 4 sahabat tu. Cuma aku telah mengolah watak-watak tu semua. Qure atau Qurratul Nadiah adalah kawan rapat aku dari sem 1st sampai akhir hayatnya.

    Pada pagi yang indah, aku dikejutkan dengan berita kematian kawan rapat aku. Mula-mula kami tak tahu punya sehingga aku pergi ke rumah arwah dengan keluargaku baru kutahui punca sebenar kematian arwah. Arwah dikatakan menghidap ketumbuhan dalam perut. Keluarganya sendiri tak tahu apatah lagi kami kawankawan arwah.

    Berita kematian arwah sungguh mengejutkan kami semua, aku dengan arwah berserta kawan aku lagi dua orang memang rapat. Kami ambil kos sama2 dan tiap kelas kami akan tetap bersama.. Sehingga kami habis diploma, kami still hubungi satu sama lain, walaupun aku tak sambung belajar degree seperti mereka bertiga.

    Arwah cukup memahami perasaan kawan2nya, arwah seorang yang ceria, kami sentiasa kongsi suka duka bersama. Akhir sekali aku jumpa arwah pun waktu ambil sijil diploma aku. Itupun kami ada bercadang nak jumpa bila aku ada masa. Hajat kami tak kesampaian…Allah lebih menyayangi arwah.

    Hilangnya seorang teman memberikan aku kesan yang mendalam, apatah lagi mengingati kali terakhir aku bercakap dengannya ketika aku dalam perjalanan balik ke rumah selepas membeli netbook. Arwah sungguh ceria ketika itu.

    Al-Fatihah buat sahabatku….semoga kutenang disana. Akan kuabadikan persahabatan kita bersama…..


    Kenangan dihari Konvokesyen...


    Hijjaz - Kau Sahabat Kau Teman

    Leave a Reply

    Blogger templates

    Blogger news